Kesan Perlanggaran LRT Kelana Jaya 2021

Laluan Kelana Jaya kembali beroperasi pada jam 6 pagi keesokan harinya dengan menggunakan satu landasan serta disokong oleh perkhidmatan bas perantara di kawasan yang terjejas.

Bahagian landasan di antara stesen LRT Damai dengan stesen LRT Pasar Seni ditutup (arah selatan dari stesen LRT Gombak). Lima unit bas dua tingkat terdiri daripada Alexander Dennis Enviro500 dan Volvo B8L milik RapidKL dikendalikan di antara stesen LRT Pasar Seni dengan stesen LRT Ampang Park secara percuma pada waktu puncak. Bas-bas percuma ini beroperasi setiap 15 hingga 20 minit dan akan membawa penumpang di antara stesen LRT Pasar Seni dan stesen Ampang Park ke mana-mana stesen. LRT disasarkan kembali beroperasi sepenuhnya seperti biasa tiga hari selepas kemalangan.[17]

Ekoran daripada pengurangan kekerapan tren, perkhidmatan LRT menjadi lebih sesak berikutan kekerapan yang lebih rendah. Keadaan ini menimbulkan ketidakpuasan hati dan kebimbangan dalam kalangan netizen mengenai amalan penjarakan sosial ketika negara terus melihat peningkatan kes COVID-19.[18]

Rujukan

WikiPedia: Perlanggaran LRT Kelana Jaya 2021 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/47-para... https://www.bernama.com/en/news.php?id=1964792#:~:... https://www.bernama.com/en/news.php?id=1964794 https://www.channelnewsasia.com/news/asia/2-lrt-tr... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/05/25... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/05/25... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/05/26... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/05/26... https://malaysiadateline.com/47-mangsa-cedera-para...